Cashew nut brownies


Assalamualaikum salam sejahtera, macamana resepi yang lepas? Dah ramai yang cuba?

Resepi mudah yang jam kongsikan kalini dari laman yummytummyaarthi.com sebenarnya guna resepi brownies yang mana-mana pon boleh ditambah kacang tetapi resepi kalini berbeza kerana menggunakan minyak berbanding mentega.

Jadi tak menjadi satu kesalahan kalau kita tukar mentega dengan minyak. Cuma hasil tekstur dan rasa ada sedikit perbezaan.

Apa yang diperlukan adalah:

120 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
350 gram gula kastor
240 ml minyak
80 gram serbuk koko
4 biji telur
1 sudu besar esen vanila
1 cawan cashew nut (kacang gajus) - hancurkan pada ketulan kecil.
1 cawan coklat cip

Langkah penyediaan:

1. Panaskan oven 180C dan lapik kertas pembakar pada loyang saiz 8 x 8 inci.
2. Satukan tepung, baking soda dan garam dalam satu bekas hingga sebati.
3. Panaskan minyak di dalam pan, masukkan gula dan gaul sebati. Kemudian masukkan serbuk koko dan gaul sebati.
4. Masukkan adunan tepung tadi dan kaup balik sekata.
5. Masukkan telur dan gaul hingga sebati.
6. Kemudian masukkan esen vanila gaulkan, diikuti kacang gajus dan coklat cip.
7. Bakar 40-45 minit.
8. Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong dan dihidang.
9. Siap.


.................................................................................................................................................

Jangan lupa Jam’s Dessert adalah jawapan kepada penggemar Brownies dan Congo Bars. Dengan menggunakan 100% “Premium Chocolate” menjadikan Brownies dan Congo Bar, Jam’s Dessert sangat luar biasa kelazatan rasanyakelembutan dan extra moist.

jom hubungi kami untuk tahu lebih lanjut:
klik link untuk terus whatsapp.

017 - 548 9523 jamsdessertkl.wasap.my

follow Instagram dan facebook Jam's Dessert untuk mengikuti perkembangan kami.
klik untuk terus ke page dan instagram Jam's Dessert.



Brownies koko


Kalini jams nak kongsikan resepi brownies koko yang chewy dan kaya dengan rasa koko.

Resepi ni diolah dari prettysimplesweet.com jangan lupa mencuba.

Apa yang diperlukan adalah:

140 gram mentega
250 gram gula kastor
75 gram serbuk koko
¼ sudu kecil garam
½ sudu kecil esen vanila
2 biji telur
62 gram tepung gandum
75 gram kacang walnut

Langkap penyediaan:

1. Panaskan oven 160C dan lapik kertas pembakar pada loyang 8 inci.

2. Cairkan mentega. Satukan serbuk koko, gula, garam ke dalam mentega yang dicairkan. Gaul hingga sebati.

3. Biarkan seketika hingga suam.

4. Masukkan esen vanila. Gaul sekata. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan gaul hingga likat dan berkilat.

5. Masukkan tepung gandum gaul sebati kemudian masukan kacang walnut.

6. Tuang ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30 minit.



7. Biarkan sejuk seketika sebelum di potong dan dihidang. Siap.

.................................................................................................................................................

Jangan lupa Jam’s Dessert adalah jawapan kepada penggemar Brownies dan Congo Bars. Dengan menggunakan 100% “Premium Chocolate” menjadikan Brownies dan Congo Bar, Jam’s Dessert sangat luar biasa kelazatan rasanyakelembutan dan extra moist.

jom hubungi kami untuk tahu lebih lanjut:
klik link untuk terus whatsapp.

017 - 548 9523 jamsdessertkl.wasap.my

follow Instagram dan facebook Jam's Dessert untuk mengikuti perkembangan kami.
klik untuk terus ke page dan instagram Jam's Dessert.



Share It

Share This Blog

Send This Blog To Your FB Friends