Cashew nut brownies


Assalamualaikum salam sejahtera, macamana resepi yang lepas? Dah ramai yang cuba?

Resepi mudah yang jam kongsikan kalini dari laman yummytummyaarthi.com sebenarnya guna resepi brownies yang mana-mana pon boleh ditambah kacang tetapi resepi kalini berbeza kerana menggunakan minyak berbanding mentega.

Jadi tak menjadi satu kesalahan kalau kita tukar mentega dengan minyak. Cuma hasil tekstur dan rasa ada sedikit perbezaan.

Apa yang diperlukan adalah:

120 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
350 gram gula kastor
240 ml minyak
80 gram serbuk koko
4 biji telur
1 sudu besar esen vanila
1 cawan cashew nut (kacang gajus) - hancurkan pada ketulan kecil.
1 cawan coklat cip

Langkah penyediaan:

1. Panaskan oven 180C dan lapik kertas pembakar pada loyang saiz 8 x 8 inci.
2. Satukan tepung, baking soda dan garam dalam satu bekas hingga sebati.
3. Panaskan minyak di dalam pan, masukkan gula dan gaul sebati. Kemudian masukkan serbuk koko dan gaul sebati.
4. Masukkan adunan tepung tadi dan kaup balik sekata.
5. Masukkan telur dan gaul hingga sebati.
6. Kemudian masukkan esen vanila gaulkan, diikuti kacang gajus dan coklat cip.
7. Bakar 40-45 minit.
8. Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong dan dihidang.
9. Siap.


.................................................................................................................................................

Jangan lupa Jam’s Dessert adalah jawapan kepada penggemar Brownies dan Congo Bars. Dengan menggunakan 100% “Premium Chocolate” menjadikan Brownies dan Congo Bar, Jam’s Dessert sangat luar biasa kelazatan rasanyakelembutan dan extra moist.

jom hubungi kami untuk tahu lebih lanjut:
klik link untuk terus whatsapp.

017 - 548 9523 jamsdessertkl.wasap.my

follow Instagram dan facebook Jam's Dessert untuk mengikuti perkembangan kami.
klik untuk terus ke page dan instagram Jam's Dessert.



Share It

Share This Blog

Send This Blog To Your FB Friends