BROWNIES STRAWBERI


Resepi brownies kalini dari www.cookingismessy.com yang mana ada rasa tersendiri kerana penggunaan tiga jenis koko, iaitu serbuk koko, dark compund dan milk compound.

Tambahan buah strawberi menjadikan brownies ini ada kombinasi masam manis yang sangat sedap. Jangan lupa cuba.

Apa yang diperlukan adalah:

Strawberi  10 biji dipotong 2
Mentega  113 gram
Dark compound chocolate 155 gram
Milk compound chocolate 155 gram
Gula kastor 300 gram
Gula perang 110 gram
Garam  1 sudu kecil
Serbuk koko  2 sudu besar
Tepung serbaguna  172 gram
Telur  5 biji
Esen vanilla 2 sudu kecil

Cara penyediaan:

1.Panaskan oven 180°C, lapikkan kertas pembakar pada Loyang 9 inci.
2. Susun strawberi di dalam Loyang tadi.
3. Cairkan mentega dengan api kecil. Potong kecil kesemua coklat dan masukkan ke dalam mentega cair.
4. Kecilkan api dan terus kacau hingga coklat cair dan sebati dengan mentega. Tutup api.
5. Masukkan  gula kastor dan gula perang. Gaul sebati.
6. Masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji. Gaul sebati.
7. Masukkan tepung dan serbuk koko kaup balik hingga sebati. Tuang adunan dalam Loyang. Ratakan.
8. Bakar selama 33 minit.

9. Biarkan betul betul sejuk sebelum memotong brownies. Sedia untuk dihidang.

Jangan lupa Jam’s Dessert adalah jawapan kepada penggemar Brownies dan Congo Bars. Dengan menggunakan 100% “Premium Chocolate” menjadikan Brownies dan Congo Bar, Jam’s Dessert sangat luar biasa kelazatan rasanyakelembutan dan extra moist.

jom hubungi kami untuk tahu lebih lanjut:
klik link untuk terus whatsapp.

017 - 548 9523 jamsdessertkl.wasap.my

follow Instagram dan facebook Jam's Dessert untuk mengikuti perkembangan kami.
klik untuk terus ke page dan instagram Jam's Dessert.







Share It

Share This Blog

Send This Blog To Your FB Friends